fbpx

‘Kerja dah 10 tahun, hadap dua beban dengan gaji cuma RM2,800’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Saya bekerja di bahagian ‘admin’ (pentadbir) dan akaun, gaji cuma RM2,800 dengan pengalaman kerja selama 10 tahun.”

Itu antara luahan orang ramai yang kecewa apabila menerima bayaran gaji tidak setimpal dengan beban kerja harian.

Malah di media sosial, ada yang mempertikaikan jumlah kakitangan tidak mencukupi menyebabkan mereka terpaksa menanggung tugasan kerja berlebihan.

“Tu pun bos asyik kompelin ‘sale’ jualan syarikat tak banyak. Staf pun berapa kerat ja. Staf A la buat segala jenis department (jabatan),” komen seorang lagi pengguna.

Sementara itu, seorang wanita yang menggunakan profil @aila_iriss turut berkongsi perkara serupa.

“Semua kerja ‘admin’ dengan akaun aku buat seorang, gaji RM3,000. Aku tanya bos tahun ni gaji naik tak bos kata, ‘tak, lagipun kerja kau tak banyak pun’,” luahnya.

Salah seorang pengguna yang lain pula menasihatkan supaya wanita itu segera mencari peluang pekerjaan lain berikutan bayaran itu disifatkan terlalu rendah.

“Dear Aila, ini underpaid (gaji tidak setimpal). Sangat-sangat. Ni bukan ‘under’ dah ni, dah tujuh kaki dalam. Tukar saja kerja dan minta la RM5,000,” ujar wanita itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI