HANOI – Seorang wanita berusia 37 tahun didenda sebanyak 35 juta dong (RM6,100) selepas mengundurkan keretanya secara tiba-tiba di sebuah lebuh raya di Vietnam, lapor portal berita VNExpress semalam.
Kejadian berlaku di Lebuhraya Nha Trang-Cam Lam, wilayah Khanh Hoa pada 4 Februari lalu.
Kamera papan pemuka menunjukkan pemandu itu memberhentikan kereta sebelum mengundur secara tiba-tiba di tengah jalan.
Menurut polis trafik, pemandu itu dalam perjalanan ke lebuh raya utama negara.
“Selepas memandu secara melulu, dia memutuskan untuk mengundurkan keretanya.
“Semasa disoal siasat, dia mengaku bahawa tindakannya berbahaya dan boleh mencetuskan kemalangan terhadap pengguna jalan raya,” tambah polis. – AGENSI