fbpx

Kampung Baru jadi tumpuan warga kota pada bulan Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurusan kanan Tamu Hotel menunjukkan menu popular juadah bufet Ramadan di hotel berkenaan di sini baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Imej Kampung Baru pada bulan Ramadan kembali popular selain terletak di lokasi strategik di sini tetapi juga ia menjadi perhatian warga kota untuk mendapatkan bubur lambuk di Masjid Kampung Baru.

Lebih menarik, warga kota suka  berbuka puasa dan  bersolat terawih di masjid berkenaan.

Bagi yang mahu lebih selesa beribadat di masjid berkenaan, sebuah hotel bercirikan kemelayuan dan Islamik yang terletak berdekatan dengan masjid tersebut boleh dijadikan pilihan untuk menginap di situ.

Hanya mengambil masa beberapa minit melintas jalan dari masjid terkenal itu, pengunjung boleh memilih Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur (Tamu Hotel) untuk dijadikan destinasi untuk berbuka puasa bersama keluarga, rakan atau orang tersayang.

Tahun ini melalui konsep bufet Ramadan Extravaganza hasil daripada air tangan Cef Eksekutif, Azizul Mohd. Nor, pihak hotel akan terus menghidangkan menu masakan warisan tradisi Melayu  bagi memenuhi permintaan dan keperluan peminat setia hotel serta pengunjung baharu.

Menurut beliau, menu utama yang menjadi buah mulut pengunjung seperti Nasi Kambing Tagine Dulang Besar, sup gear box dan gulai daging batang pinang akan dikekalkan.

“Tetapi untuk memberi kelainan pada tahun ini, para pengunjung akan dihidangkan dengan sup kepala ikan serta pelbagai hidangan lain termasuk inspirasi daripada makanan antarabangsa.

“Terdapat 16 gerai yang menyediakan beberapa segmen makanan seperti laksa Penang, rojak pesembur, goreng-gorengan, sudut makanan barat, segmen pelbagai jenis kerabu, segmen pencuci mulut, buah-buahan, kerabu serta segmen biskut balang yang menyediakan biskut kampung,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Bufet Ramadan di Restoran Suasana @27 di aras 27, Tamu Hotel bermula pada 2 Mac  sehingga 30 Mac ini dengan tawaran harga RM169 seorang dewasa dan kanak-kanak (RM75+).

Bagi mereka yang menginginkan suasana yang lebih peribadi dan mahu mengubah selera makanan barat pula, pengunjung boleh membuat tempahan di restoran eksklusif di Tamu Sky Lounge di aras 40 dan Sky View di aras 42 hotel berkenaan.

Selain itu, bagi yang berminat bermalam di hotel berkenaan, ia menawarkan kadar pakej istimewa bagi harga bilik iaitu RM160+ untuk dua hari satu malam dengan sahur percuma untuk dua orang manakala diskaun sebanyak 20 peratus untuk bufet Ramadan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI