fbpx

‘Jangan timbulkan kemarahan kaum lain’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im bersama peserta program Jalinan Muhibbah Madani Tahun Baharu Cina di Bangunan Persatuan Hokkien Klang, hari ini. - Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

KLANG – “Berhati-hati dalam perbuatan dan jangan menimbulkan kemarahan kaum lain.”

Demikian tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar mengenai isu tular berunsur perkauman dan tidak sensitif oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang, baru-baru ini.

Beliau setakat ini belum memperoleh maklumat lanjut mengenai perkara berkenaan.

“Namun, sudah berkali-kali saya sebut (isu menyentuh sensitiviti kaum) bahawa kita kena berhati-hati dalam perkataan dan perbuatan.

“Isu kaum ternyata sensitif dan kita tidak mahu apa jua perkataan yang keluar menyebabkan kemarahan kepada kaum lain. Jadi, hormat dan menghormati itu amat diperlukan,” katanya selepas merasmikan program Jalinan Muhibbah Madani Tahun Baharu Cina di Bangunan Persatuan Hokkien Klang di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan satu notis berunsur perkauman tular di media sosial memaparkan sikap tidak sensitif seorang penjual jagung bakar yang tidak menjual jagung kepada salah satu kaum di negara ini sehingga mendapat kecaman umum.

Dalam pada itu, Mohd. Na’im berkata, penganjuran program berkenaan selaras dengan ajaran Islam yang menggalakkan konsep perpaduan dan keharmonian sesama umat manusia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI