fbpx

Hos AJL39, Naz Rahman janji tiada lawak ‘bahan’ isu orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAZ dan Sissy berharap gandingan mereka malam ini tidak akan mengecewakan penonton AJL.

PETALING JAYA – Sedar dengan jangkaan tinggi ramai, hos Naz Rahman berjanji tidak akan menggunakan isu tentang individu lain untuk dijadikan bahan lawak sepanjang mengacarakan Anugerah Juara Lagu ke-39 bersama penyanyi, Sissy Iman pada (AJL39) hari ini.

Menurut Naz, cara pengacaraan dengan menjadikan kontroversi tentang orang lain dianggap seperti tiada kualiti.

“Saya janji tidak ada bahan-bahan isu orang lain, situasi mungkin secara spontan.

“Untuk saya, ‘bahan-bahan’ isu orang atau industri seni macam tidak ada ‘class’. Kalau nak buat lawak biar ada kualiti,” katanya kepada Kosmo! Online di sini, semalam.

Bakal bergandingan dengan Sissy, Naz bersyukur diberikan rakan pengacara yang disifatkan bijak selain mempunyai ilmu dalam bidang muzik.

Ujarnya keserasian tercipta antara mereka dilihat mampu menghasilkan gandingan dinamik yang baik.

“Pada awalnya pertama kali dapat tawaran siapa hos gandingan saya, bila dapat tahu Sissy, memang teruja.

“Jarang dapat kerja dengan orang yang ada otak dan dia sangat bijak serta paling penting Sissy mempunyai ilmu dan latar belakang tentang muzik yang cukup hebat. Itu satu kelebihan.

“Insya-Allah akan ada kerjasama yang baik. Dia akan beri info kemudian saya mengolahkan ke tempat yang betul untuk naikkan suasana AJL itu.

“Bila sudah menjalani sesi membaca skrip dan nampak keserasian, kami ada satu dinamik tertentu,” ujarnya.

Sedar dengan kecaman yang diterima, Naz pernah berpesan kepada Sissy agar tidak menjadikan semua itu untuk melemahkan semangatnya untuk AJL kali ini.

“Saya pesan kepada Sissy, walaupun orang letak penanda aras pada kita sangat tinggi dan tidak berhenti dibanding-bandingkan, kita hanya perlu buat jadi diri sendiri serta berikan yang terbaik.

“Kena berani bina dinamik sendiri, jadi AJL39 adalah pemulaan untuk kami berdua.

“Berilah Sissy peluang, kalau jadi, kami akan terus menyinari industri seni,” jelasnya.

Terdahulu, gandingan Naz dan Sissy sebagai hos AJL39 malam ini meraih pelbagai respons daripada netizen termasuk dikatakan tidak layak untuk mengendalikan anugerah berprestij tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI