fbpx

Hampir bersara, jelitawan AS raih gelaran terbesar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANISIMOVA menjulang trofi Terbuka Qatar dimenangi selepas menewaskan Ostapenko di pentas final semalam. - AFP

DOHA – Amanda Anisimova mencatat kemenangan paling bermakna dalam kariernya selepas menewaskan Jelena Ostapenko menerusi keputusan straight set 6-4, 6-3 pada aksi final Terbuka Qatar semalam.

Kemenangan pada kejohanan berstatus WTA 1,000 bukan sekadar gelaran pertama Anisimova sejak Januari 2022, tetapi juga simbol kebangkitannya selepas berehat lapan bulan daripada sukan tenis akibat masalah kesihatan mental.

Pemain berusia 23 tahun dari Amerika Syarikat itu juga pernah mengambil keputusan drastik untuk berehat dari Mei 2023 disebabkan mengalami tekanan melampau.

Keputusan itu menyaksikannya kedudukan rankingnya jatuh ke-400 dunia, namun kini dia bangkit lebih kuat dan bakal melonjak ke kedudukan 20 terbaik dunia buat kali pertama.

“Banyak kerja keras, air mata dan momen indah. Dalam sukan tenis, anda akan melalui semuanya dan itulah sebab saya mencintai sukan ini.

“Saya rasa luar biasa dan ini adalah minggu yang sangat menakjubkan. Saya rasa setiap perlawanan amat mencabar.

“Saya sangat gembira dengan prestasi dan tahap permainan di sini untuk memenangi gelaran WTA 1000 pertama. Ia benar-benar sesuatu yang istimewa buat saya,” kata Anisimova.

Ostapenko yang sebelum ini mengejutkan pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek di separuh akhir, gagal mengekalkan momentum tersebut sebelum tumbang straight set kepada Anisimova.

Kejayaan tersebut membuktikan Anisimova kembali ke prestasi terbaik dan menghantar isyarat jelas bahawa dia kini bersedia untuk melakukan kejutan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI