fbpx

Gelang emas Nurshamira dirampas di pajak gadai di Kuala Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gelang milik Nurshamira.

KUANTAN – Polis menahan seorang pekerja sebuah kedai pajak gadai bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang peniaga wanita yang ditemukan di tepi Sungai Kuantan di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, lelaki berusia 42 tahun itu diberkas pada pukul 10.30 pagi semalam di sebuah kedai pajak gadai di Kuala Terengganu.

“Suspek ditahan reman sehingga 22 Februari ini bagi membantu siasatan. Susulan itu juga polis merampas gelang emas dari kedai pajak gadai tersebut,” katanya di sini hari ini.

Wan Zahari berkata, siasatan mendapati motif kejadian adalah bunuh untuk menyamun barang kemas milik mangsa.

Jelas beliau, modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan membuat pesanan barang jualan daripada mangsa.

Hari ini Kosmo! melaporkan pemburuan polis ke atas seorang lelaki yang melarikan diri selepas membunuh peniaga sambal ikan bilis garing, Nurshamira Zainal di tepi Sungai Kuantan di sini Rabu lalu berakhir apabila suspek diberkas di Wakaf Tembesu, Gong Badak, Kuala Terengganu semalam.

Ketika ditahan pada pukul 5.30 pagi, suspek berusia 53 tahun yang berasal dari Terengganu dikatakan bersembunyi di rumah anak saudaranya di lokasi tersebut.

Selain tangkapan, polis merampas cincin, wang tunai, pakaian dan dokumen untuk membantu siasatan.

Gelang emas bernilai RM30,000 milik mangsa yang dilarikan suspek ketika kejadian pula telah digadai di Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI