fbpx

Dua warga emas terbunuh, kereta dirempuh depan klinik kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta jenis Nissan Sentra yang remuk selepas dirempuh Proton Waja di persimpangan jalan berhadapan Klinik Kesihatan Padang Besar, malam tadi.

PADANG BESAR – Dua warga emas maut selepas kereta yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta lain di persimpangan jalan berhadapan Klinik Kesihatan Padang Besar, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 malam itu, mangsa, Yeoh Seow Khoon, 75, pemandu kereta jenis Nissan Sentra dan rakannya, Ong Phu Siew, 74, maut akibat cedera parah.

Mereka disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar akibat kecederaan serius pada pinggul selain patah tulang rusuk.

Dua lagi penumpang yang juga rakan mangsa cedera dengan salah seorang daripada mereka dirawat di Zon Merah HTF.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, siasatan awal mendapati nahas berlaku ketika kereta Nissan Sentra itu sedang membelok ke kanan dari arah simpang tiga berhadapan klinik kesihatan tersebut.

“Sebuah kereta Proton Waja dipandu lelaki berusia 30 tahun dari arah Padang Besar gagal mengelak lalu melanggar bahagian kanan Nissan Sentra.

“Kejadian mengakibatkan pemandu Nissan Sentra yang juga seorang peniaga dan seorang lagi mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI