fbpx

Bunuh Sungai Kuantan : Suspek dibawa ke lokasi kejadian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek utama dibawa ke lokasi kejadian di kawasan Sungai Kuantan hari ini.

KUANTAN – Suspek kes bunuh peniaga makanan yang ditahan semalam dibawa ke lokasi mayat mangsa ditemukan di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner, Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek dibawa ke lokasi kejadian kira-kira pukul 2 petang diiringi pihak polis.

Katanya, suspek yang memakai baju lokap di bawa ke situ bagi mendapatkan bahan bukti dan membantu siasatan.

Hari ini Kosmo! melaporkan pemburuan polis ke atas seorang lelaki yang melarikan diri selepas membunuh peniaga sambal ikan bilis garing, Norshamira Zainal,37, di tepi Sungai Kuantan di sini Rabu lalu berakhir apabila diberkas di Wakaf Tembesu Gong Badak Kuala Terengganu semalam.

Ketika ditahan pada pukul 5.30 pagi, suspek berusia 53 tahun yang berasal dari Terengganu dikatakan bersembunyi di rumah anak saudaranya di lokasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu dilaporkan berkata, pihaknya juga merampas cincin, wang tunai pakaian dan dokumen untuk membantu siasatan.

Katanya, gelang emas bernilai RM30,000 milik mangsa yang dilarikan suspek ketika kejadian telah digadai di Terengganu. – KIOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI