fbpx

Azeem Fahmi pecah rekod kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM (tengah) berjaya memperbaharui rekod kebangsaan acara 60m pada saingan separuh akhir Kejohanan Tiger Paw Invitational di Universiti Clemson semalam. - FB AUBURN TRACK & FIELD

SELEPAS lama menyepi, pelari pecut kebangsaan, Muhammad Azeem Fahmi memperbaharui kebangsaan acara 60 meter (m) dalam dewan ketika beraksi pada Kejohanan Tiger Paw Invitational di Universiti Clemson California, Amerika Syarikat (AS) semalam.

Dia yang mewakili Universiti Auburn melakukan catatan masa 6.60 saat (s) di peringkat separuh akhir untuk layak ke final, sekali gus mengatasi rekod 6.62s yang dilakukan pada kejohanan sama dua tahun lalu.

Pada aksi saringan, dia yang juga pemegang rekod 100m kebangsaan melakukan catatan masa 6.62s sebelum memperbaiki catatan itu di separuh akhir, namun Azeem tidak beraksi pada pusingan akhir.

Selain Azeem, lima lagi peserta tidak mengambil bahagian dalam aksi final dengan pingat emas menjadi milik Adekalu Fakorede dari Universiti Mississippi State, manakala perak dimenangi atlet Universiti Southern California, Travis Williams.

“Selepas dua tahun, kita kembali ke landasan sebenar. Alhamdulillah, rekod kebangsaan,” tulis Azeem menerusi InstaStory yang dimuat naik menerusi laman Instagramnya semalam.

Sebagai rekod, Azeem sebelum ini mencatat rekod kebangsaan 6.62s dalam acara tersebut ketika menamatkan aksi final di tempat kelima pada Kejohanan Tiger Paw Invitational Februari 2023.

Pada masa sama, atlet berusia 21 tahun itu perlu memastikan dia berada dalam kelompok 16 teratas bagi melayakkan diri ke final Kejohanan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) bulan depan.

Pencapaian itu pastinya menjadi pembakar semangat buat Azeem bagi mencapai sasaran untuk menampilkan aksi terbaik pada kejohanan Balapan dan Trek di Gumi, Korea Selatan, Kejohanan Olahraga Dunia Tokyo dan Sukan SEA Thailand tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI