fbpx

Anak lapor polis bapa enggan beri angpau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - South China Morning Post

BEIJING – Seorang kanak-kanak lelaki di China nekad melaporkan bapanya kepada polis kerana didakwa ‘mencuri angpau’ yang diterima semasa perayaan Tahun Baru Cina, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Kejadian berlaku di bandar Lanzhou, wilayah Gansu awal bulan ini. 

Kanak-kanak itu menghubungi polis dan memberitahu bahawa bapanya seorang ‘pencuri’ kerana mengambil duit raya tersebut. 

“Seorang lelaki jahat berada di dalam rumah ini dan dia ‘merompak’ wang saya,” kata kanak-kanak itu. 

Dia juga sempat bersorak dan meminta bapanya ditangkap dengan segera sejurus polis tiba di rumah mereka. 

“Si bapa segera memohon maaf dan menjelaskan bahawa mereka bertengkar mengenai hak simpanan wang di dalam sampul raya itu. 

“Kami juga memberikan nasihat berhubung peranan sebagai seorang bapa agar anaknya tidak mengulangi tindakan tersebut,” tambah polis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI