fbpx

AJL 39: Nadeera selesa, vokal ‘bersih’, calon juara?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Meskipun pertama kali menjejakkan kaki Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL 39) penyanyi Nadeera berjaya memukul jiwa seluruh penonton Axiata Arena menerusi persembahan Bukan Lagi Kita.

Nadeera muncul di pentas diselubungi kain hitam sebelum busananya bertukar rona putih.

Pengunjung turut ‘sing along’ semasa korus lagu Bukan Lagi Kita sepanjang persembahan penyanyi bertubuh genit itu.

Nadeera atau nama lengkapnya Farah Nadeera Zaini, 31, membawakan konsep seolah-olah menggambarkan susuk pengantin yang tidak jadi.

Usai persembahan, pelantun lagu Emas itu bukan sahaja menerima ‘standing ovation’ daripada seluruh dewan tetapi pengunjung turut bersorak gembira menandakan berpuas hati dengan nyanyian Nadeera.

Nadeera turut menjadi antara penyanyi yang disebut-sebut sebagai pencabar utama bagi trofi Vokal Terbaik selain Aina Abdul, Ernie Zakri, Marsha Milan dan Hafiz.

Karya hebat tersebut merupakan hasil ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI