BATU PAHAT – Suspek utama kes bunuh lelaki warga Nepal bersama lima rakannya disambung reman selama tujuh hari lagi bermula esok.
Perintah lanjutan tempoh reman itu dikeluarkan Majistret Arun Noval Dass terhadap kelima-lima lelaki Bangladesh berusia 22 hingga 27 tahun sehingga Ahad depan.
Reman ke atas kesemua suspek bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, dalam kejadian pada 9 Februari lalu, seorang pekerja kilang warga asing berusia 30 tahun ditemui mati akibat ditikam oleh rakan sekerja di asrama pekerja di Kawasan Perindustrian Sri Gading, di siniZ
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani dilaporkan berkata, kejadian itu tercetus daripada provokasi membabitkan sekumpulan pekerja warga asing, pada pukul 11.30 malam.
Beliau berkata, suspek bekerja sebagai operator kilang ditikam beberapa kali di badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. – KOSMO! ONLINE