fbpx

349,966 murid di Kedah mulakan persekolahan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail (tengah) beramah mesra dengan pelajar tingkatan lima SMK Bakar Arang, Sungai Petani sempena hari pertama sesi akademik 2025/2026, hari ini.

SUNGAI PETANI – Seramai 349,966 murid sekolah rendah dan menengah di Kedah memulakan sesi akademik 2025/2026, hari ini.

Pengarah Pendidikan Kedah, Ismail Othman berkata, jumlah tersebut melibatkan seramai 200,575 murid sekolah rendah serta seramai 149,392 pelajar sekolah menengah.

“Sebanyak 752 buah sekolah membabitkan 548 sekolah rendah dan 204 sekolah menengah mula beroperasi hari ini.

“Kemasukan murid darjah satu bagi tahun 2025 ialah seramai 29,934 manakala pelajar tingkatan 1 berjumlah 30,194 orang,” katanya pada sidang akhbar sempena pembukaan sesi persekolahan 2025/2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bakar Arang, di sini hari ini.

Katanya, pengoperasian semua sekolah hari ini berjalan lancar dengan kerjasama daripada seramai 30,011 guru dan 4,320 Anggota Kumpulan Perlaksana (AKP).

“Pelbagai aktiviti serta program menarik telah dirancang oleh guru-guru di setiap sekolah pada minggu pertama persekolahan tanpa proses pembelajaran.

“Kita bagi ruang untuk guru dan murid mengeratkan silaturahim pada minggu pertama sesi persekolahan ini dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI