MARANG – Seramai 256,869 murid dan pelajar sekolah rendah dan menengah di memulakan sesi persekolahan baharu di bermula hari ini.
Pengarah Pendidikan Terengganu, Jelani Sulong berkata, ia merangkumi 149,314 orang murid sekolah rendah dan 107,555 pelajar sekolah menengah di 506 buah sekolah.
“Murid tahun satu bagi sesi akademik 2025/2026 kali ini uga meningkat kepada 23,254 orang berbanding 22,126 pada sesi persekolahan lalu.
“Bagi minggu pertama ini, tiada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan,” katanya ketika meninjau hari pertama persekolahan di SK Bukit Sawa di sini hari ini.
Jelani berkata, murid dan pelajar akan melalui sesi orientasi atau takruf sepanjang munggu ini bagi memastikan penyesuaian mereka kepada persekitaran sekolah.
Dalam perkembagan sama, Jelani berkata, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah keseluruhan kira-kira RM36.22 juta telah selesai diagihkan kepada semua murid dan pelajar negeri ini.
Beliau berkata, agihan tersebut melibatkan 241,494 pelajar tahun satu hingga tingkatan lima di seluruh Terengganu telah dilakukan pada musim cuti persekolahan baru-baru ini.
“Agihan BAP bagi pelajar tingkatan enam dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) agihan akan dibuat pada bulan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE