fbpx

18 maut rempuhan di stesen kereta api New Delhi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di stesen New Delhi, India semalam. - NDTV

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 18 orang maut, manakala sebilangan lagi cedera dalam insiden rempuhan di sebuah stesen kereta api di India, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Kejadian berlaku di stesen New Delhi apabila berpuluh-puluh penumpang berpusu-pusu cuba menaiki kereta api untuk menghadiri perhimpunan keagamaan di bandar Prayagraj.

Menurut polis tempatan, orang ramai mula bergerak ke hadapan dan menghimpit antara satu sama lain ketika kereta api Prayagraj Express tiba di platform 14. 

“Swantrata Senani Ekspres dan Bhubaneshwar Rajdhani Ekspres ditangguhkan semasa kejadian, menyebabkan platform-platform lain sesak dengan penumpang.

“Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Lok Nayak Jai Prakash Narain (LNJP) untuk rawatan lanjut,” kata polis. 

Seorang saksi berkata, keadaan yang tergesa-gesa menyebabkan beberapa penumpang rebah akibat sesak nafas. 

Leftenan Gabenor Delhi, VK Saxena berkata: “Keadaan di stesen tersebut sudah terkawal.

“Polis berada di tempat kejadian untuk mengawal kesesakan, manakala pergerakan kereta api beroperasi seperti biasa,” kata VK.

Menteri Kesatuan, Amit Shah berkata, beliau telah memberi arahan kepada agensi berkaitan untuk memberi bantuan kepada mereka yang terjejas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI