fbpx

Warga emas maut ketika bawa anak kemalangan ke klinik kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta dipandu warga emas selepas terlibat kemalangan di persimpangan lampu isyarat Hosba, Jitra hari ini.

 

JITRA – Hasrat seorang warga emas wanita berusia 69 tahun untuk menghantar anak lelakinya berusia 47 tahun yang terlibat kemalangan jalan raya ke klinik kesihatan di sini berakhir tragedi apabila dia maut dalam kejadian berasingan hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Asisten Komisioner Mohd. Redzuan Salleh berkata, kemalangan itu berlaku pada pukul 2 petang melibatkan sebuah lori jenis Isuzu dengan Perodua Axia.

“Lori berkenaan dari Jitra ke Kubang Betong dipercayai ingin membelok ke kanan di persimpangan lampu isyarat Hosba ketika lampu isyarat hijau di laluannya.

“Perodua Axia dipandu warga emas tersebut datang dari arah bertentangan dan dipercayai tidak berhenti di lampu isyarat itu ketika lampu merah. Ekoran itu kereta berkenaan berlanggar dengan lori tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, kejadian itu mengakibatkan warga emas tersebut meninggal dunia  ketika menerima rawatan di Hospital Jitra, manakala anaknya mengalami kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI