fbpx

Wanita terkunci dalam tandas ditemui mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

BATU GAJAH – Seorang wanita ditemukan meninggal dunia dalam bilik air yang terkunci di sebuah rumah di Taman Yuk Kwan, di sini pagi tadi.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali N. Ananti berusia 44 tahun.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang memaklumkan isterinya terkunci di dalam bilik air pada pukul 9.33 pagi.

Katanya, sepasukan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba di lokasi, kami dimaklumkan yang mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terkunci dalam tandas.

“Apabila pintu tandas berjaya dibuka, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan dan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI