fbpx

[VIDEO] Nak beli beg pun huru-hara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana huru-hara apabila ada pelanggan mendakwa tidak dibenarkan masuk ke premis jualan beg tangan jenama tempatan di pusat beli-belah di Kuala Lumpur, semalam.

PETALING JAYA – Acara jualan beg tangan jenama tempatan dianjurkan di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur menjadi huru-hara apabila ramai pelanggan mendakwa tidak dibenarkan masuk biarpun telah beratur berjam-jam di situ.

Kekecohan dan suasana huru-hara itu berlaku semalam dan ia tular di media sosial, malah ramai pembeli berkongsi pengalaman mereka tidak dapat memasuki premis disebabkan terlalu ramai.

Salah satu video dimuat naik pengguna TikTok memperlihatkan ada pelanggan menunggu di hadapan eskalator pusat beli-belah itu serta didakwa tidak dibenarkan ke premis jualan.

Kelihatan anggota Jabatan Sukarelawan di eskalator tersebut dan seorang lelaki petugas acara memberi penjelasan kepada pelanggan yang menunggu di situ.

“Apa ni? Kita orang berbaris dari subuh tau, tahu-tahu kena datang esok lagi,” menurut kapsyen video berkenaan.

Bagaimanapun ramai yang meninggalkan komen sindiran kepada pemilik video tersebut.

“Jenama beg itu tak suruh pun beratur dari subuh. Pilihan di tangan sendiri,” komen seorang individu.

“Berlambak jenama beg tangan yang lain, tapi nak juga beratur dari subuh semata-mata nak beli jenama ni. Lepas tak dapat, nak baran pula padahal pilihan sendiri,” ujar yang lain.

Pada video-video yang lain, ada juga pelanggan mendakwa barisan mereka dipotong oleh pembeli lain.

“Salam dari nombor 73, patutnya depan lagi tapi kena potong barisan dengan orang yang kata datang dari jauh,” komen seorang pengguna TikTok.

“Aku perhati saja orang yang baru datang potong barisan menyelit kawan-kawan dia konon acah borak,” kata seorang individu. – KOSMO! ONLINE

@ai.nyyy Apani Brik? 🙃🙃🙃 kitorang berbaris dari subuh tau, tahu tahu kena datang esok lagi 🙃 #fyp #brikmalaysia #brik #brïk ♬ original sound – ai.nyyy🫣

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI