fbpx

[VIDEO] Lelaki mengamuk petang sampai malam tetak 4 anggota polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki mengamuk sebelum menetak empat anggota polis di sebuah rumah di di Taman Seri Astana, Sungai Petani semalam.

SUNGAI PETANI – Empat anggota polis cedera pada beberapa bahagian badan termasuk kepala akibat ditetak dengan parang oleh seorang lelaki dalam kejadian amuk di Taman Seri Astana, di sini semalam.

Kejadian membabitkan suspek berusia 32 tahun dan merupakan bekas guru agama sekolah Kelas Fardhu Ain (KAFA) berlaku pada pukul 3 petang sebelum suspek berjaya ditahan tujuh jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian itu mengakibatkan kesemua mangsa berusia lingkungan 30-an hingga 50-an terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini untuk menerima rawatan.

Katanya, dua daripada anggota polis terbabit diberikan rawatan sebagai pesakit luar, manakala dua lagi masih berada di wad hospital untuk menerima rawatan lanjut.

“Saya mengesahkan kejadian itu, tetapi tidak dapat mengulas kerana kes masih dalam siasatan lanjut. Suspek disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di HSAH di sini malam tadi,” katanya yang ditemui di IPD Kuala Muda, di sini hari ini.

Wan Azharuddin berkata, pihak polis menerima laporan kejadian daripada bapa lelaki terbabit petang semalam sebelum beberapa anggota dihantar untuk memujuk dan menenangkannya.

“Sebaik tiba di lokasi, suspek didapati berada dalam rumah yang berkunci dan usaha anggota kita memujuknya tidak berjaya kerana suspek bertindak agresif termasuk melibas parang yang dipegangnya.

“Dalam usaha mempertahankan diri, anggota kita terpaksa melepaskan tembakan sebelum bantuan pihak bomba menggunakan pancutan air berjaya menahan suspek kemudiannya, Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI