PETALING JAYA – Seorang pembantu perawatan kesihatan (PPK) sebuah hospital kerajaan ‘selamba’ menangkap ular sawa yang tersesat masuk ke wad menggunakan tangan tanpa sebarang alatan.
Menerusi video dimuat naik pengguna TikTok jejakasyoksendiri menunjukkan lelaki itu menangkap reptilia tersebut di dalam tandas wad dan cuba memasukkannya ke dalam tong kuning buangan klinikal.
Dia turut dibantu seorang lagi PPK, namun rakannya kelihatan takut dengan ular sawa tersebut membuatkan ramai yang terhibur dengan gelagat mereka.
“Terbaik staf (tangkap ular) bekas anggota bomba, berhenti kerja sebab minat jawatan PPK. Dalam hospital tingkat tiga pun ular sawa boleh masuk. Nasib tak ada pesakit. Allahuakbar,” katanya menerusi kapsyen pada video berkenaan.
Pada ruangan komen, pemilik akaun tersebut memaklumkan, ular sawa itu diserahkan kepada Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara untuk tindakan lanjut.
Dalam masa sama, keberanian lelaki tersebut mendapat pujian orang ramai, bahkan ada yang mengenali PPK berkenaan.
“Satu balai dengan saya dulu. Terbaik Zul,” kata Aishah Zulkifle805.
“Staf macam ini patut diberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang,” komen Mr.Ricky Martin.
“Kena bagi anugerah kepada staf itu kerana besar jiwa dia ke depan walaupun tahu bahaya,” ujar Tobey Obella. – KOSMO! ONLINE
@jejakasyoksendiri #fyp #fupシforyou #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #kementeriankesihatanmalaysia ♬ bunyi asal – Patahganu