fbpx

Tze Yong masih belum hilang trauma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TZE YONG (kiri) sudah mula turun latihan selepas berehat panjang ekoran kecederaan belakang dialami tahun lalu.

PERSEORANGAN lelaki negara, Ng Tze Yong tampaknya semakin hampir untuk membuat ‘kemunculan’ semula apabila sudah kembali menjalani latihan di gelanggang selepas berehat lama akibat kecederaan.

Bagaimanapun, dia yang mula turun menjalani latihan minggu lepas, masih belum pulih sepenuhnya dan memerlukan sedikit masa untuk kembali berada pada tahap optimum sebelum boleh merancang menyertai kejohanan.

Tze Yong berkata, dia masih ada rasa trauma ketika menjalani latihan di atas gelanggang, terutamanya apabila terasa sakit sehingga menyebabkannya hanya menjalani berlatih kurang sejam.

“Dalam seminggu, saya dapat berlatih tiga kali kerana di ISN (Institut Sukan Negara) pun ada (latihan). Memang saya dapat menjalani latihan penuh tetapi tempoh itu tidak terlalu lama, lebih kurang sejam.

“Saya rasa trauma masih ada tetapi tidak banyak sangat. Bagaimanapun, kalau ada rasa sakit memang akan rasa trauma,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Sebagai rekod, pemain berusia 25 tahun itu hanya beraksi tiga kejohanan musim lalu sebelum terpaksa berehat panjang selepas menjalani pembedahan ekoran kecederaan belakang.

Sekiranya dia kembali beraksi secara kompetitif sebelum April depan, Tze Yong masih berpeluang menyertai beberapa Jelajah Dunia kerana dia mendapat perlindungan ranking.

“Kondisi saya sudah semakin baik, kira-kira dalam 60 peratus tetapi kena tengok semula bagaimana. Memang saya sasarkan April (kembali beraksi) dan gunakan (perlindungan) ranking untuk bermain setengah tahun,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI