fbpx

Rumah ini jadi hadiah perkahwinan ke-40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penduduk yang merupakan pekerja estet melihat replika model rumah PRR Harmoni Madani Bestari Jaya hari ini. FOTO AFIQ RAZALI/ KOSMO!

KUALA SELANGOR – Projek Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni Madani Bestari Jaya yang dijangka siap pada 2027 diumpamakan sebagai hadiah perkahwinan buat sepasang suami isteri.

Pekerja Ladang Minyak, S. Rajeena, 58, berkata, dia telah lama mengimpikan memiliki rumah sendiri selepas 39 tahun mendirikan rumah tangga dan bekerja sebagai pekerja estet.

Ketika ini, katanya, dia tinggal di rumah pekerja yang disediakan oleh majikan di ladang tersebut.

“Keluarga saya sudah tiga generasi bekerja di estet dan saya bersama suami dan lima anak tinggal di rumah berkenaan.

“Memang sangat gembira akhirnya impian miliki rumah sendiri tercapai. Apabila siap dua tahun lagi akan jadi hadiah perkahwinan ke-40,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Terdahulu, pecah tanah PRR tersebut disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan melibatkan kos pembangunan keseluruhan berjumlah RM75 juta.

Sementara itu, Amnah Mat Asin, 64, pula memaklumkan ia akan menamatkan penantian lebih 30 tahun memiliki rumah sendiri.

Justeru, dia berdoa agar dilanjutkan usia bagi menikmati perumahan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk dewan komuniti.

“Dulu kerja pendapatan hanya RM10. 10 sehari sebelum dapat notis pengusiran daripada pengurusan estet terdahulu.

“Sekarang saya sekeluarga menyewa di Kuala Kubu Baharu. Harap kali ini dapat duduk rumah milik sendiri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI