fbpx

Rashford mampu lonjak Aston Villa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD menyertai Villa secara pinjaman daripada Manchester United dalam jendela perpindahan bulan lalu. - AFP

BIRMINGHAM – Pemain tengah Aston Villa, Morgan Rogers melaungkan keyakinan kehadiran nama-nama besar mampu meletakkan pasukan itu sebagai salah satu pasukan elit Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Eropah.

Keputusan Villa membawa masuk bintang terpinggir Manchester United, Marcus Rashford dan Marco Asensio dari Paris Saint-Germain (PSG) secara pinjaman dapat menaikkan semula aura pasukan tersebut.

Villa ketika ini berada di tangga kelapan EPL dan masih belum terkeluar daripada saingan untuk memburu kelompok empat teratas bagi melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

“Apabila kelab mahukan khidmat anda, ia memang sesuatu yang sangat penting tetapi jika ia diminta pengurus (Unai Emery) sendiri, maka ia satu tahap di atas. Kehadiran mereka menaikkan moral pasukan secara keseluruhan.

“Saya juga anggap kehadiran mereka adalah sebagai amaran kepada saya supaya bekerja lebih keras untuk meningkat. Saya percaya dan yakin kami mampu untuk capai sasaran yang ditetapkan musim ini,” katanya.

Sementara itu, Rogers juga optimis mereka mampu mencatat keputusan positif dan meraih tiga mata menjelang aksi EPL menentang pasukan bergelut, Ipswich Town di Villa Park malam ini.

“Kami sentiasa mahukan kemenangan dan setiap perlawanan sangat penting untuk kami. Itulah yang selalu dipesan pengurus dan beliau tidak mahu kami berada dalam keadaan selesa,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI