fbpx

PRR Harmoni Madani Bestari Jaya jadi model rumah estet negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar melihat model PRR Harmoni Madani Bestari Jaya pada majlis pecah tanah projek berkenaan hari ini. FOTO AFIQ RAZALI/ KOSMO!

KUALA SELANGOR – Projek Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni Madani Bestari Jaya di sini dijadikan model bagi perumahan di seluruh estet di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangunan projek itu memperlihatkan dan membuktikan kerjasama utuh antara Kerajaan Persekutuan, Negeri dan swasta.

Katanya, ini seterusnya dapat memastikan kebajikan para pekerja estet terjamin untuk memiliki rumah yang selesa kepada mereka.

“Kita berdoa mudah-mudahan projek ini memberikan kesan dan kita akan jadikan ini sebagai model untuk (pengurusan) estet-estet lihat.

“Nanti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Ketua Setiausahanya membawa projek ini sebagai contoh.

“Dengan pengurusan estet boleh sediakan sedikit kawasan tanah dan KPKT buat rancangan lebih baik untuk kehidupan pekerja estet,” katanya ketika berucap merasmikan PRR tersebut di sini hari ini.

PRR tersebut dengan kos pembangunan keseluruhan adalah berjumlah RM75 juta iaitu melibatkan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan sebanyak RM40 juta dan Kerajaan Selangor sebanyak RM35 juta.

Tapak tanah berkeluasan 8.09 hektar diberikan secara percuma oleh syarikat Berjaya Corporation Berhad (BCB) dan Perbadanan PR1MA Malaysia dilantik sebagai agensi pelaksana dengan jangkaan siap pada tahun 2027.

Projek kediaman yang mempunyai 245 unit rumah tersebut itu akan membantu pekerja di lima estet iaitu Ladang Mary, Ladang Nigel Garder, Ladang Bukit Tagar, Ladang Sungai Tinggi dan Ladang Minyak untuk memiliki kediaman sendiri.

Anwar berkata, kejayaan pembangunan projek itu juga adalah hasil perundingan, perbincangan dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

Ujarnya, ini berikutan pelaksanaan projek ini telah mengambil masa yang agak panjang sebelum berjaya dilaksanakan di bawah Kerajaan Madani.

“Kalau mahu maju, kena runding baik-baik dengan negara ini kena ambil tahu dengan menjaga kawasan bandar, kampung dan estet.

“Saya berterima kasih kepada Nga Kor Ming (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) yang mengambil inisiatif betul-betul dengan berapa banyak Menteri telah berganti namun projek tidak boleh siap.

“Namun, cara dia (Kor Ming) dengar daripada (pengurusan dan pekerja) estet, pihak berkuasa tempatan, kementerian, Menteri Besar dan bawa ke Jemaah Menteri serta tanya saya. Jadi, bila runding begitu, kita boleh selesai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN