fbpx

Piala Cabaran: Momentum terbaik sandaran Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KINOSHI (kiri) mahu para pemainnya tidak terlalu selesa dengan statistik aksi tanpa kalah yang diharungi mereka sebelum ini.

PENGENDALI Selangor FC, Katsuhito Kinoshi menyeru agar pasukannya mempamerkan mentaliti juara dalam usaha menamatkan penantian trofi domestik menjelang aksi final pertama Piala Cabaran menentang PDRM FC malam ini.

Menurut Kinoshi, Gergasi Merah ketika ini berada dalam momentum terbaik apabila merekodkan rekod bersih selepas tidak tewas 10 perlawanan kompetitif yang diharungi sebelum ini.

Namun, pengendali dari Jepun itu percaya statistik itu tidak memberi sebarang jaminan kerana dalam perlawanan akhir, apa sahaja boleh berlaku.

“Saya maklumkan kepada pemain agar memberikan komitmen penuh dan fokus pada aksi final.
Pasukan sememangnya dahagakan kejuaraan dan mahu lakar sejarah baharu buat pasukan bola sepak Selangor.

“Sejarah ini bukan sahaja untuk pemain tetapi untuk semua termasuk penyokong, pengurusan dan semua pihak yang bekerja keras untuk kemajuan pasukan Selangor musim ini.

“Apa yang penting, saya mahu pemain kekalkan corak permainan agresif dan tidak berputus asa kerana keputusan (bagus) akan menyusul kemudian,” katanya dalam sidang media di Stadium MBPJ semalam.

Sementara itu, kapten Selangor FC, Safuwan Baharudin berkata, sekarang adalah masa untuk pemain untuk mengubati kekecewaan selepas tewas pada aksi final Piala FA musim ini.

“Saya bersama Selangor untuk empat hingga lima musim dan ini adalah final kedua, kami gagal ketika berdepan JDT (final Piala FA). Kini, sekurang-kurangnya kami menang sesuatu untuk penyokong dan pengurusan,” katanya.

Skuad Gergasi Merah dijangka membariskan kesebelasan terbaik dengan Ronnie Fernandez, Alvin Fortes dan Ali Olwan bakal mengetuai jentera serangan selepas meledak 33 gol musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI