BELAGA – Pemandu lori balak menemui ajal selepas dihempap kayu balak selepas kenderaan itu terbabas di tepi Jalan Empangan Merudum di sini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, lelaki berusia 44 tahun itu disahkan meninggal dunia sejurus dikeluarkan dari kenderaan tersebut pada pukul 11 malam tadi.
“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga yang digerakkan ke lokasi mengeluarkan mangsa yang dihempap muatan kayu balak menggunakan bantuan jengkaut untuk mengalih lori serta kayu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
jurucakap PGO itu memberitahu, mayat lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE