fbpx

Nikah di Janda Baik, Siti Saleha kini isteri pereka fesyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI SLAEHA kini kembali bergelar isteri kepada pereka fesyen, Joshua Fitton.

PETALING JAYA – Memilih pusat peranginan di Janda Baik, Pahang sebagai lokasi pernikahan, pelakon Siti Saleha kini sah menjadi isteri pereka fesyen, Joshua Fitton dengan sekali lafaz pukul 9 pagi tadi.

Detik bersejarah pasangan terbabit dikongsikan penata rambut yang menyempurnakan persiapan raja sehari itu menerusi perkongsian dalam laman sosial.

Menerusi hantaran tersebut, Saleha atau nama lengkapnya Siti Saleha Mohd Baharum, 35, duduk dipelamin sambil menadahkan tangan berdoa mengaminkan akad nikah.

Dalam perkongsian sebuah portal berita gaya hidup pula, sebelum itu kelihatan aktres terbabit yang mengenakan busana serba putih diiringi bapanya, Mohd. Baharum Abdul Rahman, ke dewan pernikahan.

Pernikahan Saleha dan Joshua yang sudah tiga bulan memgikat pertunangan itu disempurnakan bapa mempelai perempuan.

Hanya dihadiri saudara-mara serta kenalan terdekat, rombongan pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran, dibalas tujuh daripada pihak Saleha.

Difahamkan, selepas akad nikah jamuan bakal menyusul di lokasi sama sekitar tengah hari ini sebelum majlis resepsi diadakan di kampung halaman Joshua di Melaka.

Menurut sumber terdekat, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu dengan suaminya sepakat memilih tema majlis perkahwinan Jawa.

Pada November 2024, aktres yang mesra disapa Sally mendedahkan sudah bertunang dengan lelaki berdarah kacukan itu selepas tiga tahun menjalinkan hubungan istimewa.

Saleha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Lutfi Azhar, namun perkahwinan tersebut berakhir pada 2021 selepas empat tahun bersama.

Mereka bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI