fbpx

Muat naik kandungan jelik, 8 individu dirakam keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai MCMC ketika melakukan sesi rakaman percakapan ke atas suspek.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu kerana didapati memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik.

Menurut MCMC, kandungan yang dimuat naik itu dilakukan terhadap Insititusi Diraja, khususnya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

“Berdasarkan laporan yang diterima, pasukan penyiasat MCMC telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

“MCMC menjalankan lapan operasi pemeriksaan di enam negeri, iaitu Kuala Lumpur, Terengganu, Kedah, Kelantan, Perlis dan Pahang, kelmarin” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam operasi tersebut, lapan unit telefon pintar dan lapan unit kad SIM telah disita bagi membantu siasatan.

“Analisis forensik akan dijalankan ke atas peranti berkenaan untuk mendapatkan keterangan bagi membuktikan kes,” ujarnya.

MCMC berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] (sebelum pindaan), yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

MCMC turut mengingatkan orang ramai agar bertanggungjawab dalam memuat naik kandungan di media sosial dan perkhidmatan pesanan internet.

“Pengguna diingatkan tidak menggunakan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan berunsur palsu dan kebencian, yang bertentangan dengan nilai dan norma budaya masyarakat majmuk di Malaysia,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI