SEBELUM ini dikatakan hanya untuk tujuan pemasaran tetapi bagi netizen, seperti dilamun cinta.
Masakan tidak, tiba-tiba banyak konten berkaitan mereka berdua muncul dalam media.
Paling mencuri tumpuan adalah rakaman Syed Saddiq melayan Bella setiap kali makan dengan menyedukkan lauk-pauk.
Sikap tersebut dipuji ramai kerana menganggap Syed Saddiq sebagai lelaki budiman.
Bukan itu sahaja, gurauan atau ‘pickupline’ yang sering diberikan Bella kepada Ahli Parlimen Muar itu turut tular dan membuatkan ramai terhibur.
“YB (Yang Berhormat) lah, tak akan nak panggil B pula,” kata Bella kepada Syed Saddiq.