fbpx

Los Angeles dilanda banjir lumpur selepas kebakaran besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita melakukan kerja pembersihan selepas banjir lumpur melanda kawasan kebakaran di Sierra Madre, California semalam. – AFP 

LOS ANGELES – Banjir lumpur menimbus jalan-jalan sekitar Los Angeles semalam selepas hujan lebat melanda kawasan yang musnah akibat kebakaran hutan pada bulan lalu. 

Bencana terbaru itu turut menyaksikan lereng beberapa buah bukit runtuh.

Taburan hujan sehingga 7 sentimeter melanda beberapa kawasan di Los Angeles dalam sehari, menyebabkan lokasi terjejas teruk akibat kebakaran hutan khususnya di Pallisades Pasifik dan Altadena dilanda banjir lumpur.

Banjir kilat itu turut menghanyutkan sebuah kenderaan milik Jabatan Bomba Los Angeles ke dalam laut semalam.

Pegawai bomba yang memandu kenderaan itu semasa kejadian bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dan hanya cedera ringan.

Di Bukit Hollywood yang didiami bintang filem dan golongan pekerja, banjir lumpur menimbus sebatang jalam utama.

Di Altadena di mana beribu-ribu bangunan hangus dalam kebakaran besar bulan lalu pula, sejumlah kenderaan terkandas di dalam lumpur.

Kerosakan itu berlaku walaupun pihak berkuasa tempatan melakukan persiapan menyeluruh termasuk membina benteng pasir dan konkrit di tempat-tempat paling berisiko dilanda banjir semasa musim sejuk. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI