fbpx

Liga Super : TFC tumbang di tangan KL City di gelanggang sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang TFC, Ismahell Akinade (dua dari kanan) diasak pemain KL City pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam ini.

KUALA NERUS – Kuala Lumpur City FC (KL City) berjaya menamatkan badi kekalahan terhadap Terengganu FC (TFC) apabila berjaya mengejutkan skuad Sang Penyu 2-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Pemain gantian, Patrick Alcana Reichelt muncul wira skuad The City Boys apabila bijak memanfaatkan hantaran kapten pasukan, Paulo Josue untuk menewaskan penjaga gol tuan rumah, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin pada minit ke-79.

Gol itu disahkan video bantuan pengadil (VAR) walaupun pada mulanya dikatakan offside oleh penjaga garisan perlawanan.

Kemenangan tersebut membolehkan KL City naik ke tangga ketujuh liga dengan 21 mata manakala TFC pula kekal tangga keempat dengan 27 mata.

Tuan rumah bermula garang apabila mendahului hasil percubaan jarak jauh pemain pertahanan, Muhammad Safwan Mazlan yang menewaskan penjaga gol lawan, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy pada minit ke-15.

Skuad The City Boys akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan Josue yang bijak melepasi jangkauan Syed Muhammad Nasrulhaq pada masa kecederaan babak pertama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI