fbpx

Liga Super: Aksi ‘lemau’ buat Terengganu FC kecundang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapten TFC, Safawi Rasid cuba untuk melakukan rembatan pada aksi Liga Super semalam. - Foto ihsan TFC

LALUAN Terengganu FC (TFC) untuk merebut menduduki tangga tiga teratas Liga Super sekaligus menempah slot ke pentas Asia musim depan semakin berliku setelah tewas mengejut 1-2 kepada Kuala Lumpur City FC (KL City) malam tadi. 

Pengendali TFC, Badrul Afzan Razali kecewa anak buahnya kehilangan tiga mata berharga di gelanggang mereka berikutan kesilapan sendiri. 

Beliau, berkata, skuad kendaliannya bagaikan serba tidak kena apabila bermain dengan tempo perlahan, melakukan banyak kesilapan, lemah dalam komunikasi serta mensia-siakan banyak peluang terhidang.

“Kita bermula dengan agak perlahan, banyak melakukan kesilapan sewaktu melakukan hantaran serta komunikasi antara pemain amat lemah terutama pada separuh masa pertama.

“Pemain-pemain (TFC) macam tidak yakin untuk menghadapi perlawanan ini,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus.

Skuad Sang Penyu yang mendahului menerusi jaringan Muhammad Safwan Mazlan pada minit ke-15 tewas mengejut 1-2 hasil kebangkitan pemain KL City. 

TFC kini berada di tempat keempat liga, lima mata di belakang skuad Badak yang kekurangan satu perlawanan.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI