fbpx

Lelaki meninggal dunia atas pokok durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan arwah dibawa turun daripada pokok durian dengan tali. - Instagram

JAKARTA – Seorang lelaki meninggal dunia di atas pokok durian selepas memanjat pohon itu di Banyuwangi, wilayah Jawa Timur, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku di Kebun Durian Desa Telembung, daerah Kalipuro kelmarin. 

Ketua Polis Kalipuro, AKP Satrio Wibowo berkata, lelaki bernama Fauzi itu menghembuskan nafas terakhir selepas memanjat pohon itu bersama rakannya. 

“Ketika mereka berada di atas pohon, arwah mengadu sakit perut dan sesak nafas. 

“Rakan arwah bergegas mengikatnya dengan tali agar tidak terjatuh daripada pokok setinggi  8 meter itu.

“Dia kemudian menjerit meminta pertolongan kepada penduduk setempat,” kata Satrio. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @banyuwangi_hitss memaparkan arwah diturunkan dengan menggunakan  tali. 

“Arwah dibawa oleh ahli keluarganya ke rumah untuk dikebumikan,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI