MENGHASILKAN sebuah lagu raya era baharu dan mahu membuatkannya terus diingati bukan satu hal mudah.
Lain pula yang berlaku pada lagu Kamu Budak Gen Z melekat dalam kepala!
Meski lagu yang dinyanyikan oleh anak perempuan Datuk Aliff Syukri iaitu Qadeejah, Cik B, Alyssa Dezek dan
puteri kepada pengarah Aziz M Osman, Ara Aziz.
Menerima kecaman hebat dan dilabel seperti tiada kualiti, lagu tersebut terus mendunia dalam media sosial sehingga menjadi siulan ramai.
“Mula-mula menyampah tapi lama-kelamaan melekat dalam kepala. Tolong!
“Lagu ini tak salah sebab sasaran mereka adalah generasi muda. Janganlah kecam teruk sangat.
“Harap lepas lagu ni dilancarkan, Aliff Syukri tak keluarkan lagu raya,” ujar netizen.