fbpx

Kes tembak Tanjung Rhu: Maritim Malaysia siasat SOP senjata api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) sedang menjalankan siasatan dalaman terhadap prosedur operasi standard (SOP) berkaitan penggunaan senjata api dalam insiden di Tanjung Rhu pada Januari lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak polis juga sedang menyiasat sama ada terdapat sebarang pelanggaran undang-undang dalam pelaksanaan tugas semasa kejadian tersebut.

“Siasatan dijalankan dalam dua peringkat, pertama, siasatan dalaman oleh Maritim Malaysia, dan kedua, polis juga sedang menjalankan siasatan menyeluruh untuk menentukan sama ada terdapat sebarang pelanggaran dalam pelaksanaan tugas.

“Penggunaan senjata api dan SOP berkaitan akan diteliti dalam siasatan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Dua Dekad Maritim Malaysia di Persiaran Karpal Singh, di sini hari ini.

Terdahulu, dilaporkan bahawa lima lelaki warga Indonesia, termasuk seorang yang maut, telah ditembak di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor, selepas didakwa merempuh bot peronda dan menyerang pegawai Maritim Malaysia pada Januari lalu.

Beliau berkata, tindakan yang diambil adalah berdasarkan situasi yang dihadapi, tetapi ia tetap perlu mematuhi SOP, termasuk penggunaan senjata api dan protokol lain.

Sementara itu, Saifuddin berkata, individu warga asing yang terlibat dalam insiden tersebut mempunyai kaitan dengan aktiviti penyeludupan migran.

“Siasatan polis masih dijalankan, dan seorang individu telah ditahan yang bertindak sebagai ‘transporter’ beberapa hari selepas insiden itu.

“Siasatan awal mendapati kes ini mungkin berkaitan dengan aktiviti penyeludupan migran. Oleh itu, pihak polis juga akan menyiasat di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran (ATIPSOM),”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI