fbpx

Kekalahan awal bukan kegagalan – Rexy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEKALAHAN Pang Ron (belakang) dan Su Yin kepada beregu campuran Hong Kong antara punca skuad negara gagal di BAMTC 2025.

PENGARAH Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky tidak menganggap penyingkiran skuad negara pada Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di Qingdao, China sebagai satu kegagalan.

Rexy berkata, walaupun gagal meneruskan kemaraan ke pusingan kalah mati, namun beliau menganggap peluang beraksi di kejohanan berpasukan itu menjadi pengajaran berguna buat pemain-pemain negara.

Meskipun kecewa dengan dua kekalahan dialami pada saingan peringkat kumpulan, namun beliau menyifatkan masih ada perkara positif boleh diambil daripada kejohanan tersebut, terutamanya dari segi tanggungjawab.

“Walaupun ini adalah pasukan campuran (senior dan junior) tetapi ia bukan bermaksud kita tidak mahu melangkah jauh dan menjadi juara. Masih ada beberapa pemain yang dilihat masih kurang dari segi usaha.

“Kalau bercakap mengenai keputusan, memang kecewa tetapi jika tidak berani beri kesempatan kepada pemain-pemain bagi mendapatkan pengalaman, bila lagi,” katanya ketika ditemui di ABM, Bukit Kiara semalam.

Malaysia kempunan ke suku akhir apabila sekadar menamatkan saingan Kumpulan B di tempat ketiga selepas tewas dalam dua perlawanan bertemu Indonesia dan Hong Kong.

Ketika bertemu Hong Kong, pasukan negara yang turun sebagai pilihan, gagal menggunakan kesempatan apabila tewas 2-3 sebelum ditunjukkan jalan keluar oleh Indonesia dengan keputusan sama.

Sementara itu, Rexy juga tidak menolak kemungkinan Malaysia mampu melayakkan diri ke suku akhir sekiranya beregu campuran mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing pada pertemuan menentang Indonesia dan Hong Kong.

“Beregu campuran kita tidak dapat catat kemenangan dalam kedua-dua perlawanan itu dan saya rasa ia menjadi sebab kenapa kita tidak dapat meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir,” ujar pengendali dari Indonesia itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI