JAKARTA – Sebuah kedai bakso yang beroperasi sejak tahun 1972 dan dianggap paling popular di Jakarta Barat, mempunyai pantang larang yang pelik, lapor portal berita Detikcom hari ini.
Kedai Bakso Mas Kumis Djarum itu melarang pengunjung mengelap meja dengan menggunakan tisu.
Baru-baru ini, seorang pengguna di platform X berkonsi rakaman video tentang pengalamannya makan di kedai Bakso Mas Kumis. Katanya, dia keliru karana kedai itu menetapkan banyak peraturan atau larangan.
“Menerusi rakaman ini juga kita belajar betapa ganjilnya kelakuan pembeli,” demikian menurut keterangan klip video tersebut.
Pada setiap meja, terdapat kotak tisu dengan tulisan besar: “Tisu bukan untuk lap meja.”
Selain itu, pada dinding kedai pula tertera tulisan: ‘Mohon maaf, dilarang membungkus sambal yang ada untuk dibawa pulang’.
Kedai itu menjual hidangan bakso pada harga sekitar 40,000 rupiah (RM10.95) semangkuk yang dianggap mahal oleh masyarakat tempatan. – AGENSI