fbpx

Hujan lebat di KL, Perak, Melaka dijangka berterusan hingga malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hujan lebat berserta ribut petir dan angin yang dilaporkan melanda beberapa kawasan di Perak, Kuala Lumpur dan Melaka sejak awal petang tadi dijangka berterusan hingga malam ini.

Menerusi laporan cuaca terkini Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) di Facebook, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka melanda Kedah (Kulim dan Bandar Baharu) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh).

“Selain itu, cuaca yang sama juga dilaporkan melanda Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang), Putrajaya serta Negeri Sembilan,” kata MetMalaysia.

Tambah MetMalaysia, hujan lebat ketika ini turut tertumpu sekitar Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) yang dijangka berlarutan sehingga ke malam nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI