fbpx

Hujan lebat di KL, Perak, Pahang, Melaka hingga pukul 6 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa kawasan ekoran cuaca buruk yang dijangka berlarutan sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam laporan cuaca di Facebook berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda negeri Perak membabitkan daerah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang serta Muallim.

“Selain itu, di Pahang antara kawasan berisiko adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Rompin.

“Bagi negeri Selangor pula melibatkan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat serta seluruh Kuala Lumpur dan Melaka,” kata MetMalaysia.

Dalam laporan sama, MetMalaysia memaklumkan hujan lebat pada petang ini juga berlaku sekitar Negeri Sembilan melibatkan daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau.

“Hujan lebat berserta ribut petir juga dijangka melanda beberapa daerah di Johor iaitu Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Tambah MetMalaysia, cuaca buruk bagi tempoh yang sama turut melanda Sarawak (Limbang) serta Sabah membabitkan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI