fbpx

Hilang sebulan di Sungai Rajang, mayat lelaki ditemui terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengangkat mayat mangsa di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Kanowit untuk tindakan lanjut.

KANOWIT – Lelaki yang dikhuatiri lemas selepas hilang di Sungai Rajang di sini sejak hampir sebulan lalu akhirnya dijumpai terapung.

Ketua Polis Daerah Kanowit, Deputi Superintendan Dennis Bunyam berkata, mayat mangsa berusia 29 tahun itu dijumpai kira-kira 2.5 kilometer dari Jeti Tebingan Kanowit pada pukul 4.50 petang semalam.

“Siasatan awal menunjukkan mayat yang telah busuk itu adalah mangsa yang hilang setelah terjatuh ke dalam Sungai Rajang berhampiran Jeti Sedaya pada 16 Januari lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kanowit di sini untuk tujuan pengecaman dan disahkan oleh ahli keluarga. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Mangsa dilaporkan hilang sebelum bot dinaikinya dijumpai di perairan Jeti Sedaya kira-kira pukul 11 pagi, 16 Januari lalu.

Ketika kejadian, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang setelah menghantar isterinya ke Hospital Kanowit untuk pemeriksaan kehamilan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI