fbpx

EPL: Peluang Man. City lepas geram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG City, Erling Haaland (tengah) terus menjadi sandaran untuk merobek gawang Newcastle malam ini. - AFP

MANCHESTER – Pemain-pemain harus mengambil tanggungjawab terhadap aksi hambar ditampilkan Manchester City sepanjang saingan musim ini yang menyaksikan mereka hampir terlepas gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Lebih malang, juara bertahan EPL itu juga semakin hampir untuk tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas tewas 2-3 kepada Real Madrid pada aksi playoff pertama, Rabu lalu.

Bagaimanapun, City berpeluang untuk menebus kekecewaan selain terus memburu kedudukan empat teratas EPL menjelang pertemuan menentang Newcastle United di Stadium Etihad malam ini.

“Apa yang saya boleh katakan, kami langsung tidak mampu menunjukkan aksi lebih stabil sepanjang saingan musim ini. Setiap perlawanan seolah-olah semua pasukan lawan bermain lebih baik.

“Sudah lama saya berada di sini, tetapi kali ini saya gagal untuk memastikan pemain-pemain mengekalkan aksi konsisten. Kami tidak mampu berdepan dengan situasi sekarang dan itulah hakikat sebenar,” kata pengurus City, Pep Guardiola.

Justeru, bekas jurulatih Barcelona itu menggesa pemain-pemainnya supaya melupakan kekalahan kepada Real dan mula mengalihkan fokus terhadap aksi menentang Newcastle di laman sendiri.

“Kekalahan kepada Real sudah berlalu dan kami perlu fokus kepada apa yang menanti di hadapan. Sekarang saya mahu semua pemain kosongkan fikiran dan bersedia untuk aksi menentang Newcastle,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI