fbpx

EPL: Arteta mungkin guna idea ‘gila’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WHITE kembali pulih daripada kecederaan dan cergas menyebabkan Arteta mungkin menurunkannya di posisi berbeza kali ini. - AFP

LONDON – Isu kecederaan yang melanda beberapa pemain di posisi serangan memaksa pengendali Arsenal, Mikel Arteta untuk tampil dengan idea luar biasa yang boleh dianggap tidak masuk akal.

Arteta kehilangan khidmat Gabriel Jesus, Bukayo Saka, Gabriel Martinelli dan terbaharu Kai Havertz menyebabkan beliau tidak mempunyai pilihan kecuali mengubah percaturan dan mencuba sesuatu yang bukan kebiasaan.

Havertz yang mengalami kecederaan ketika jendela perpindahan ditutup menyebabkan Arsenal tidak mempunyai pilihan kecuali menandatangani pemain ejen bebas atau menggunakan pemain yang sedia ada untuk mengisi kekosongan tersebut.

Kehadiran semula pemain pertahanan, Ben White yang sudah pulih daripada kecederaan dan kembali cergas memberi idea untuk Arteta menggunakan khidmat pemain itu sebagai ‘penyerang baharu’ Arsenal menjelang aksi menentang Leicester City malam ini.

Arteta turut memiliki pilihan untuk menggunakan khidmat Leandro Trossard sebagai pemain di posisi false nine, namun White turut memiliki peluang yang besar untuk beraksi di bahagian serangan.

White beraksi di bahagian pertahanan kanan sebelum ini yang dianggap tidak biasa untuk menjaringkan gol, namun pemain tersebut sudah meledak enam gol dalam 116 perlawanan menyebabkan dia dianggap memiliki ketajaman.

Memiliki sosok badan yang tinggi, White dianggap sesuai untuk menjalankan tugas menyudahkan umpanan selain kelebihan Arsenal yang menggunakan ketajaman dalam situasi bola mati. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI