fbpx

Datuk Joehari pimpin ‘kabinet’ baharu FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Joehari (tiga dari kiri) bersama Exco baharu FAM selepas Kongres Pemilihan hari ini.

PETALING JAYA – Ahli korporat dari Sabah, Datuk Joehari Mohd Ayub sah dilantik sebagai Presiden FAM yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Hamidin Mohd Amin selepas selesai Kongres Pemilihan Penggal 2025-2029 sebentar tadi.

Joehari yang tidak dicabar meraih kemenangan tanpa bertanding dengan posisi awatan timbalan presiden turut kekal milik Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S Sivasundaram.

Bagi jawatan naib presiden, Datuk Dollah Salleh seperti dijangka memenangi kerusi itu selain tiga lagi posisi diraih Datuk Mohd Azhar Jamaluddin, N. Saaran dan Datuk Seri Rosmadi Ismail.

Barisan Exco pula menyaksikan rakan karib Dollah iaitu Datuk Zainal Abidin Hassan meraih undi tertinggi diikuti Datuk Mohd Hisamudin Yahaya, Tang Chee Hong, Mohd Azizudin Mohd Shariff, Hishamuddin Abdul Karim, Datuk Kamarudin Hassan, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, Datuk Dr PS Sugumaran, Datuk Suraya Yaacob dan Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI