SINGAPURA – Satu kaji selidik baharu mendapati cuma 24 peratus atau kira-kira seorang dalam setiap empat penduduk mandi sekali sehari di Singapura, lapor portal berita MSNews hari ini.
Kaji selidik itu melibatkan seramai 2,188 responden.
Ia mendapati 18 peratus responden mandi malam hari, manakala enam peratus lagi berbuat demikian pada waktu pagi.
Sementara itu, majoriti 70 peratus responden dalam kaji selidik di laman web Answers.sg itu berkata, mereka mandi dua hingga tiga kali sehari.
Sebanyak enam peratus responden pula berkata, mereka tidak mandi selagi badan tidak berbau busuk.
Keputusan tinjauan itu didedahkan selepas netizen berdebat pada Januari lalu berhubung topik orang ramai perlu mandi pada waktu pagi.
Sebanyak 18 peratus lagi berhujah bahawa mereka tidur di bilik berhawa dingin, menyebabkan tidak lagi perlu mandi pada waktu pagi
Menurut satu tinjauan pendapat anjuran seorang pencipta kandungan di Singapura, 74 peratus pengikutnya dipengaruhi oleh bau busuk mereka yang tidak mandi pagi. – AGENSI