fbpx

Along Kubur pemandu Honda kuning ditahan reman 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALONG KUBUR dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat untuk mendapatkan perintah tahanan reman hari ini.

BATU PAHAT – Seorang lelaki yang cuba melarikan diri daripada polis di Bandar Kluang pagi semalam ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Jumaat.

Suspek yang dikenali sebagai Along Kubur sebelum itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini dengan kawalan ketat anggota polis kira-kira pukul 9.20 pagi.

Majistret Nurasidah A Rahman mengeluarkan perintah reman ke atas suspek untuk membantu siasatan bagi enam kertas siasatan termasuk Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki dan mengedar dadah.

Suspek turut disiasat di bawah Seksyen 44(2) Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Seksyen 186 dan 307 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1) (a) ADB 1952.

Sebelum ini, tular di media sosial seorang lelaki yang memandu kereta jenis Honda Prelude berwarna kuning dikejar anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang sejauh lima kilometer.

Bagaimanapun, lelaki berusia 40 tahun itu berjaya ditahan selepas terperangkap di simpang lampu isyarat di Bandar Kluang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI