fbpx

48,000 ayam mati lemas, rentung terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan di ladang penternakan ayam di Jitra, malam tadi. IHSAN BOMBA

JITRA – Sebanyak 48,000 ekor ayam mati dalam kebakaran melibatkan sebuah bangunan dua tingkat di ladang penternakan ayam dekat Kampung Paya Muyud, di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Bustan Karudin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11 malam.

Setibanya di lokasi, katanya, kebakaran sedang marak melibatkan bangunan berkeluasan anggaran 4,500 meter persegi itu.

“Kemusnahan hampir 80 peratus dengan tindakan pemadaman giat dijalankan yang dibantu pasukan bomba sukarela dan kebakaran berjaya dikawal kira-kira pukul 12.46 tengah malam.

“Pihak kami berdepan cabaran berikutan bekalan air yang terhad di lokasi kejadian. Difahamkan ladang itu mempunyai hampir 50,000 ekor ayam dan dianggarkan kira-kira 48,000 daripadanya mati akibat terbakar dan lemas dalam asap,” katanya.

Tambahnya, setakat ini punca kejadian dan nilai kerugian masih disiasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI