fbpx

3 along wanita kurung, dera lelaki hingga mati 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga wanita ditahan selepas mendera seorang lelaki sehingga maut di Bali, Indonesia. - Detik News

JAKARTA – Tiga wanita ditahan di Pulau Bali kerana mendera seorang lelaki sehingga mati selepas mangsa  gagal membayar hutang, lapor portal portal berita Detik News semalam. 

Ketua Polis Buleleng, AKBP Ida Bagus berkata, tiga suspek itu dikenali sebagai Oki, Intan dan Leni. Mereka berusia antara 30 hingga 57 tahun. 

“Mangsa pula bernama Pande Gede Putra Palguna, 53, didera selama 13 hari bermula 20 Januari lalu. Dia meninggal dunia 2 Februari lepas. 

“Mayatnya kemudian dibuang ke dalam gaung dekat Jalan Singaraja-Denpasar di daerah Sukasada,” kata Ida. 

Mangsa sebelum ini kerap meminjam wang sehingga hutangnya mencecah 60 juta rupiah (RM16,368).

Pande ditemukan dengan kesan lecur di punggung, manakala mata, bibir, kaki, tangan dan pinggangnya mengalami kesan luka dan lebam. 

Polis merampas beberapa peralatan digunakan untuk menyeksa Pande termasuk seterika yang ditekap pada tubuhnya. 

“Kami turut merampas bahan bukti seperti kereta sewa dan sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dari lokasi kejadian ke tempat mayat mangsa dibuang,” tambahnya. 

Ketika-tiga suspek itu berdepan hukuman penjara 15 tahun jika didapati bersalah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI