fbpx

Wanita cedera di kepala, badan dipukul adik sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG JAYA – Seorang wanita cedera disyaki akibat dipukul adik kandungnya dalam kejadian di sebuah rumah di Hulu Kelang, di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, hasil siasatan mendapati kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu berpunca daripada perselisihan faham.

“Mangsa berusia 33 tahun dipukul dan diugut oleh adiknya berusia 21 tahun. Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan belakang badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek ditahan pada hari sama sekitar pukul 2.45 petang di tempat kejadian bersama rampasan sebilah parang.

Katanya, saringan ujian air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI