fbpx

United buru bekas pemain musuh setempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CANCELO menjadi buruan United yang mahu terus memantapkan jentera pertahanan mereka. - AFP

LONDON – Manchester United kini dilaporkan sedang memburu bekas pemain Manchester City, Joao Cancelo meskipun kelab itu sudah mempunyai alternatif pemain lebih muda untuk posisi bek sayap kanan.

Dalam jendela perpindahan bulan lalu, satu-satunya pemain yang dibawa masuk oleh United adalah Patrick Dorgu yang direkrut bagi memperkuatkan bahagian pertahanan.

Menariknya, dalam penampilan sulung menentang Leicester City dalam saingan Piala FA, Dorgu diletakkan di posisi bek sayap kanan, walaupun laporan awal menyebut perancangannya adalah untuk bermain di posisi kegemarannya di sebelah kiri.

Kini, The Red Devils dilaporkan sedang giat mencari bek kanan baharu bagi memperkukuh skuad dan nama Cancelo disebut sebagai antara calon utama.

Pemain berusia 30 tahun itu yang kini beraksi bersama Al-Hilal pernah menjadi antara bek sayap terbaik dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selain tersenarai dalam kesebelasan terbaik EPL dua musim berturut-turut pada 2021 dan 2022.

Bagaimanapun, hubungan tegang dengan pengurus Manchester City, Pep Guardiola menyebabkan Cancelo dipinjamkan ke Bayern Munich dan Barcelona sebelum akhirnya memulakan fasa baharu di Liga Pro Saudi (SPL).

Namun, pengalaman dan kualitinya mungkin mampu memberi impak segera, sesuatu yang mungkin dipertaruhkan oleh pengurus Ruben Amorim bagi memperbaiki prestasi pasukan dalam tempoh terdekat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI